7 Persediaan penting sebelum berhenti kerja makan gaji dan mula bekerja sendiri
7 Persediaan penting sebelum
berhenti kerja makan gaji dan mula bekerja sendiri | Mungkin ramai daripada
kita yang ada perancangan untuk berhenti kerja makan gaji dan memulakan
perniagaan sendiri atau dalam kata yang lebih tepat, bekerja sendiri. Kami dah
jumpa ramai yang berjaya mencapai impian mereka, namun kami juga ada berjumpa
dengan mereka yang mencari kerja makan gaji semula selepas tidak mampu “survive”.
Apakah kesilapan mereka? Dan apakah persiapan yang perlu kita lakukan untuk
berhenti kerja makan gaji dan memulakan perniagaan sendiri? Ini jawapannya.
7 Persediaan penting sebelum berhenti kerja makan gaji dan mula bekerja sendiri.
#1. Simpanan kewangan
6 bulan, 1 tahun, 2 tahun atau lebih!
Ini perkara asas sebelum kita buat keputusan untuk berhenti
kerja dan bekerja sendiri. Kenapa perlu ada simpanan kewangan sebanyak ini? Jawapannya
adalah, supaya kita tidak tertekan dengan beban hutang dan perbelanjaan bulanan
kita.
Lumrah perniagaan, ada turun naik. Tetapi tanggungan bulanan
kita tetap sama. Meniaga kadang ada untung lebih, kadang menurun sedikit,
tetapi bayaran rumah tetap sama, bayaran kereta tetap sama, perbelanjaan
minyak, makan, anak-anak, bil, semua tetap sama kan?
Jadi, adalah sangat penting untuk kita sediakan simpanan
kewangan ini. Katakan perbelanjaan bulanan kita RM3,000, jadi kita memerlukan
simpanan sebanyak RM36,000 (simpanan setahun).
Kalaupun kita ada masalah di dalam perjalanan awal
perniagaan kita, kita masih boleh “survive” selama setahun. Jadi faham kan apa
yang kami ingin sampaikan ni?
#2. Kurangkan atau
selesaikan komitmen hutang terlebih dahulu.
Ini juga adalah perkara yang sangat penting. Selesaikan dahulu
hutang yang mampu diselesaikan. Maksudnya hutang motosikal ke, atau hutang
kereta ke, atau apa sahaja hutang yang mampu diselesaikan. Kalau kami kata
semua hutang, nanti ada yang pertikaikan pula, takkan hutang rumah pun nak
selesaikan jugak, ratus ribu tu!
Jadi, selesaikan hutang yang mampu. Bila bayaran komitmen
hutang semakin kurang, bebanan kita juga kurang dan kita boleh lebih fokus
kepada kerjaya baru kita. orait!
#3. Buat bisnes
terlebih dahulu.
Ahha! Dekat sinilah ramai yang terlepas pandang. Yang mana,
mereka akan mencari kerja makan gaji semula.
Adalah sangat penting untuk kita memulakan bisnes terlebih
dahulu semasa masih bekerja makan gaji!
Ambil masa yang panjang untuk lihat potensi bisnes kita.
Jika pendapatan bisnes kita 3kali ganda daripada pendapatan gaji kita, then,
tunggu apa lagi, hantar surat resign! Hehehe.
#4. Kena tahu
matlamat sebenar kita dalam bisnes.
Korang buat bisnes untuk apa? Nak jadi kaya raya atau banyak
duit? Nampak macam sama kan, tapi banyak bezanya!
Jika korang memilih untuk banyak duit, ini bermakna korang
akan kaya sorang-sorang. Tetapi jika korang memilih untuk kaya raya, ini
bermakna korang akan bawa ramai orang lain untuk jadi kaya raya!
Jadi mana yang lebih baik?
Sudah tentu, bawa lebih ramai untuk jadi kaya raya. Kenapa? Bila
kita bekerja di dalam kumpulan, kejayaan lebih besar kita akan capai berbanding
jika kita bekerja sendiri. Lihat pada mereka yang berjaya dalam dunia ini,
semuanya bekerja di dalam kumpulan dan tidak ada yang berjaya sorang-sorang!
Kejayaan dalam bisnes ni ibarat bawa kenderaan.
Jika bawa motosikal, ibarat bisnes kecil. Kita mampu bawa
sorang sahaja. Ada 2 tayar dan kita perlu seimbangkan motosikal tu. Kadang berpanas,
kadang berhujan.
Kalau bawa kereta. Ada 4 tayar. Lebih stabil. Kita boleh
bawa 3 orang. Masih belum ramai pada kami. Ini lebih pada bisnes sederhana.
Ada yang cadangkan, bawa bas! Lebih ramai kita boleh bawa. Lebih
besar dan tentunya lebih selesa. Dan kata mereka, kejayaan bisnes ada disini,
tapi kami tidak mahu memilih untuk menjadi pemandu bas kerana kami melihat 1
peluang yang lebih besar.
Jadi apa pilihan kami?
Kami memilih untuk bawa kapal terbang! Lebih ramai dan lebih
gah! Di darat dan juga di langit. Pandangan kami lebih luas! Sama halnya dengan
bisnes!
Jadi, sebelum buat keputusan berhenti kerja dan memulakan
bisnes sendiri, kenalah jelas dengan matlamat kita terlebih dahulu ya!
#5. Plan B.
Kerja sendiri ni tak sama dengan kerja makan gaji. Maaf cakap
la ye. Kerja makan gaji ni, kalau kita tak buat kerja selama sebulan pun, kita
tetap dapat gaji pada setiap hujung bulan.
Berbeza dengan kerja sendiri yang mana kita perlu usaha
berlipat kali ganda. Dan ada masanya, kita diuji dengan kejatuhan perniagaan
(harap-harap tidaklah ya).
Jadi apa perlu buat jika berhadapan dengan situasi seperti
ini?
Disinilah pentingnya backup plan. Jika bisnes yang kita
jalankan tu tak menjadi, kita perlu ada perancangan lain. Kalau tak jadi juga,
kita guna plan c. Kalau tak jadi juga, kita guna plan d.
Jadi, sebelum buat keputusan berhenti kerja tu, kita kena
ada backup plan. Supaya perancangan kita akan berjalan lancar. Ok?
#6. Dikelilingi manusia
yang telah berjaya.
Kami suka untuk beritahu, sebelum korang buat keputusan
untuk berhenti kerja, korang kena pastikan korang dah pun berada di dalam
kelompok manusia yang dah pun berjaya dalam bidang tu.
Katakan korang nak ceburi perniagaan Food truck. Jadi korang
kena campur dengan kelompok peniaga yang dah lama dalam bisnes ni dan bukannya
korang sorang-sorang je.
Sama hal dengan bisnes lain. Sebabnya adalah, bila korang
bercampur dengan kelompok yang betul, peluang untuk korang melangkah jauh dalam
bisnes tu cerah. Jadi, pilih mereka yang betul dan jauhi mereka yang negative. Hehehe.
#7. Restu ibubapa.
Dan yang last sekali, yang paling penting di antara yang
penting. Dapatkan restu ibubapa. Ini tersangatlah penting. Beritahu mereka yang
korang nak berhenti kerja dan nak mula berkerja sendiri. Minta mereka doakan
korang supaya dipermudahkan dalam semua hal.
Jika yang tidak mempunyai ibubapa, keraplah berdoa kepada
mereka. Fahamilah, doa kita sampai pada mereka. Boleh buat kenduri dan pahala
itu diberikan kepada mereka, insyaAllah, semoga Allah permudahkan semua urusan
kita.
Dalam kesempatan ini, kami memohon juga agar dapatlah
kiranya, korang menyedekahkan pahala Al-fatihah ke atas arwah ibu kami, Zainab
Bte Saad yang telahpun kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat
dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan dikasihi Allah. Amin.
Tiada ulasan