Latest Post

Hanya kerana Pakaian isteri dikatakan menjolok mata, pelawak dan pengacara nabil dikecam

nabil dikecam kerana baju isteri

Hanya kerana Pakaian isteri dikatakan menjolok mata, pelawak dan pengacara nabil dikecam | Biasalahkan bila dah bergelar orang popular ni, bukan setakat diri sendiri di pandang orang, malah isteri dan juga anak-anak juga menjadi perhatian umum. Dan inilah yang terjadi kepada pelawak dan pengacara terkenal, nabil ahmad.

Baru-baru ini timbul isu mengenai 1 gambar nabil dan isterinya. Gambar tersebut memperlihatkan isteri nabil yang memakai kemeja yang menampakkan sedikit bahagian dadanya. Ini menimbulkan rasa kurang senang peminat dan pemerhati.

Berbeza pula dengan nabil, dia sebaliknya tidak mahu memandang ini dengan lebih serius kerana katanya isu ini bukanlah satu isu yang mustahak.

Zaman sekarang, apa yang kita buat atau pakai, orang tetap akan bercakap. Netizen memang gemar menulis sesuatu yang mereka suka

Nabil sendiri dalam 1 kenyataannya memberitahu, mereka yang komen itu pun, kadang-kadang tak betul. Malahan lebih teruk daripadanya. Walau macamanapun, nabil dan isteri tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal itu kerana fikirkan mereka ada anak yang sedang membesar.

Nabil dan isteri perlu sentiasa positif. Mereka risau, jika apa yang mereka katakan sekarang akan berbalik semula pada anak mereka kelak.

Nabil berpendapat, daripada memikirkan isu yang remeh seperti ini, adalah lebih baik memikirkan isu yang lebih penting untuk didebatkan. Antaranya adalah isu lelaki yang berpakaian wanita. Itu adalah lebih baik didebatkan berbanding isu ini.

Apa pun, nabil memohon agar netizen sentiasa mendoakan yang baik kepada dirinya serta keluarga. Beliau juga memohon agar didoakan juga supaya beliau dan isteri dibukakan pintu hidayah. Itu adalah lebih baik. ok semua?

1 ulasan:

  1. Kenapa artikel ini menggunakan klausa "Hanya kerana pakaian isteri menjolok mata..."? Sebenarnya perkataan "hanya" pada pangkal tajuk itu tidak betul. Perkataan hanya dari segi semantik memebri gambaran bahawa perkara itu kecil sahaja sedangkan berpakaian begitu memang tidak bagus - menyalahai adat, apatah lagi agama. harap maaf, saya bukan cari salah, sebaliknya mahu mengajak masyarakat melihat isu ini dengan bijaksana.

    BalasPadam