10 negara penyimpan Rizab Emas terbesar dunia!
10 negara penyimpan
Rizab Emas terbesar dunia! | Logam berharga yang tersangat bernilai ini
digunakan sebagai penentu matawang kertas yang digunakan sekarang. Dan kami
disini ingin berkongsikan dengan semua, 10
negara penyimpan Rizab Emas terbesar dunia seperti yang dicatatkan World
Gold Council's World Official Gold Holdings up sehingga November 2017.
#10. Belanda (612.5
tan)
Belanda berada di tempat ke 10 dengan simpanan sebanyak
612.5 tan emas. Negara ini dalam perancangan untuk memindahkan bullion emasnya
daripada simpanan di Pusat simpanan emas Amsterdam ke lokasi baru yang dibina
berhampiran Zeist. Stok simpanan emas belanda juga berada di Bank of England,
Bank of Canada dan Federal Reserve Bank di Amerika.
#9. Jepun (765.2 tan)
Jepun menyimpan rizab emas lebih 150 tan berbanding belanda.
Jepun juga memiliki emas hasil daripada tanah mereka yang dilombong berabad
lamanya. Ianya khabarnya masih dilombong sehingga kini dan Jepun kini berusaha
untuk mengeksploitasi lagi simpanan tersebut.
#8. Switzerland
(1,040 tan)
Majoriti simpanan emas Switzerland di simpan di negaranya
dan selebihnya disimpan di Bank of England dan Bank of Canada.
#7. Russia (1,778.9
tan)
Russia berada di tangga ke 7 dengan simpanan emas sebanyak
1778.9 tan. Negara ini khabarnya kini sibuk memperluas rizabnya sejak beberapa
tahun kebelakangan ini. Russia juga memiliki “billion-dollar gold mining industry”.
#6. China (1,842.6 tan)
China memiliki 1,842.6 tan emas dalam rizabnya. China juga
merupakan pengeluar emas terbesar di dunia selepas Australia dan Rusia, dan
permintaan tempatan untuk emas telah dirangsang oleh kekayaan kelas pertengahan.
#5. Perancis (2,435.9
tan)
Perancis memiliki 2,435.9 tan emas, dan dilaporkan emas-emas
ini diperolehi pada tahun 50-an dan 60-an. Walaupun ada emas mereka di simpan
di luar negeri, kebanyakan emas ini jua dikatakan disimpan di dalam peti besi
di bawah Banque de France di Paris. Beberapa ratus tan emas Perancis telah
dijual pada awal abad ini, tetapi stoknya kekal stabil sejak tahun 2009.
#4. Itali (2,451 tan)
Itali berada di tangga ke empat berbeza sedikit sahaja
daripada perancis. Tidak seperti kebanyakan negara, di mana rizab emas dimiliki
oleh kerajaan dan dikendalikan oleh bank pusatnya, emas Itali sebenarnya
dimiliki oleh Banca d'Italia. Emas ini disimpan di dalam peti besi di Rom dan juga
di tanah asing seperti di Swiss National Bank, Federal Reserve Bank di New York
dan Bank of England.
#3. Tabung Kewangan
Antarabangsa (2,814 tan)
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terdiri daripada 189
negara yang berfungsi untuk memupuk kerjasama kewangan global. Apabila ia
ditubuhkan pada tahun 1944, ia telah memutuskan bahawa 25% langganan kuota awal
dan kenaikan kuota berikutnya akan dibayar dalam emas. Itu kekal sebagai sumber
utama sebanyak 2.814 tan emas yang dipegangnya.
#2. Jerman (3,373 tan)
Jerman adalah negara kedua terbesar dunia dalam menyimpan
rezab emas. Kebimbangan terhadap emas yang jatuh di bawah kawalan Soviet semasa
Perang Dingin membawa kepada stok simpanan yang tersebar di seluruh dunia. Ia dibahagikan
antara Bank Rizab Persekutuan di New York, Bank of England dan Banque de
France. Baru-baru ini sekurang-kurangnya separuh daripada simpanan ini telah
dibawa pulang ke Frankfurt.
#1. Amerika Syarikat
(8,133.5 tan)
Amerika Syarikat adalah negara dengan simpanan emas paling
banyak di dunia dengan 8133.5 tan emas. Ianya bersamaan dengan simpanan emas Jerman,
IMF dan Itali jika digabungkan. Majoriti emas ini disimpan di dalam deposit di
seluruh Amerika, seperti di lokasi terkenal Fort Knox.
Tiada ulasan