Latest Post

Seorang gadis dikecam teruk kerana mengeluh diberikan belanja RM100 sehari!

Seorang gadis dikecam teruk kerana mengeluh diberikan belanja RM100 sehar

Seorang gadis dikecam teruk kerana mengeluh diberikan belanja RM100 sehari! | Dalam dunia serba mencabar ni, setiap wang ringgit akan dibelanjakan sebaik mungkin. Memang nilai RM100 itu nampak besar tetapi jika di bawa untuk beli barang dapur, terasa kecilnya nilai tersebut. Namun, jika diberikan belanja sebanyak RM100 SEHARI, jumlah tersebut terlalu besar pada kami!

RM100, jika tidak termasuk duit minyak atau perbelanjaan lain, hanya untuk makan sahaja, pada kami cukup untuk seminggu atau lebih sedikit. Besar jumlahnya tu lebih-lebih lagi kalau tengah bulan. Terasa sungguh bernilai jumlah. Malah, ada rakan kami, dalam dompet tinggal RM10 je sebelum dapat gaji, terasa bersyukur Ya amat!

Berbeza pula dengan cerita seorang gadis ni, yang mengeluh kerana diberikan belanja sebanyak RM100 sehari! Dia dalam kenyataannya dalam 1 media sosial dilihat sangat kecewa kerana merasakan tidak mampu untuk bertahan dengan nilai tersebut dalam masa 1 hari.

Seorang gadis dikecam teruk kerana mengeluh diberikan belanja RM100 sehar


Dan selepas kenyataan gadis ini dibalas oleh netizen, dia dengan angkuhnya menjawab:

Nak beli apa je kalau RM100?

Seorang gadis dikecam teruk kerana mengeluh diberikan belanja RM100 sehar

Dan seperti biasalah, selepas sahaja daripada itu, pelbagai lagi komen yang masuk, yang mana kesemuanya mempertikaikan gadis ini kerana dilihat seperti tidak bersyukur dengan apa yang dia ada. Malah ada yang membandingkan beliau dengan orang yang lebih susah. Yang mana langsung tak ada duit untuk makan.

Seorang gadis dikecam teruk kerana mengeluh diberikan belanja RM100 sehar

Seorang gadis dikecam teruk kerana mengeluh diberikan belanja RM100 sehar


Dan ada juga seorang pembaca yang telah kongsikan “sebab utama” kenapa gadis ini merasakan nilai RM100 itu tidak cukup. Aduhai! Kalau benarlah seperti apa yang dikongsikan tu, kami pun rasa tak cukup.

Seorang gadis dikecam teruk kerana mengeluh diberikan belanja RM100 sehar

Apa pun, pada kami, kami terasa sangat bersyukur dengan apa yang kami ada. Walaupun nilainya lebih kecil daripada nilai RM100 tu. Lebih-lebih lagi jika minta daripada orang tua kita. aduhai, segan pula nak minta banyak-banyak kan? korang pula macamana? Cukup ke tidak RM100 untuk belanja sehari ni?

Tiada ulasan