Peringatan dari mufti perak, HARAM bagi umat islam berkabung dengan lilin
Peringatan dari mufti
perak, HARAM bagi umat islam berkabung dengan lilin | Mungkin kerana terlalu
sayangkan artis kesayangan mereka, terdapat lebih kurang 100 peminat Jong-Hyun
telah berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada
Jumaat untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.
Mereka yang terdiri daripada pelbagai bangsa dilihat membawa
belon dan lilin sebagai simbolik ke atas kematian Jong-Hyun. Perkara ini telah
mendapat perhatian Mufti perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
23 Dis - Menghadiri acara penghormatan terakhir kepada artis
atau selebriti dengan aktiviti membawa belon dan lilin jelas merupakan perbuatan
haram kepada orang islam.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, ia juga
budaya kafir dan tidak harus menjadi ikutan terutama kepada golongan muda
beragama Islam.
"Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah. Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?"
"Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Harussani mengulas perhimpunan kira-kira 100 peminat ahli
kumpulan SHINee, Jong-Hyun yang berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid
Jamek, Kuala Lumpur pada Jumaat untuk memperingati pemergian penyanyi
kesayangan mereka itu.
Mereka yang meratapi sambil memberi penghormatan terakhir ke
atas selebriti Korea yang mati akibat bunuh diri. Peminat yang hadir
kebanyakkanya dari kawasan Lembah Klang yang tidak kira bangsa dan agama.
Rata-rata yang berkumpul dilihat membawa bersama lilin dan
belon sebagai tanda simbolik pemergian penyanyi kumpulan SHInee itu.
Menurut Dr Harussani lagi, banyak lagi aktiviti dan perkara
yang berfaedah boleh dilakukan berbanding meratapi pemergian artis yang mati
kerana bunuh diri.
Nasihat kami, tidak salah kalau minat seseorang artis itu, Cuma
bagi mereka yang beragama islam, perlulah melihat perkara seperti ini dengan
lebih mendalam ya! Kadang, dalam kita sedar dan tak sedar, kita dah buat
sesuatu yang dilarang islam. Jadi, sentiasalah beringat dalam apa juga perkara
yang kita lakukan ya.
Tiada ulasan