#7 lokasi “tersembunyi” di Lombok, indonesia yang akan buatkan korang terpukau!
#7 lokasi “tersembunyi” di Lombok, indonesia yang
akan buatkan korang terpukau! | Ada perancangan nak bercuti ke Lombok? Mungkin
lokasi yang korang akan pergi nanti adalah lokasi yang dah biasa pelancong
pergi. Ahha! Hari ini kami nak kongsikan dengan korang, lokasi menarik di Lombok,
Indonesia yang dikatakan masih belum ramai yang tahu dan pastinya! Akan buatkan
korang nak datang lagi ke sini, ayuh!
Dikatakan, Lombok kini mula mendapat perhatian dan dikatakan
juga, lokasi ini adalah lokasi percutian kedua menarik selepas bali, Indonesia.
Kalau korang mencari lokasi percutian yang tidak terlalu sibuk seperti di bali,
lomboklah lokasi yang sesuai.
#1 : Pusuk Sembalun
Apa yang menarik dekat taman alam ini adalah pemandangan
gunung rinjani. Dekat sini ada 1 port untuk korang lepak sambil menikmati
pemandangan indah alam. Jalan untuk sampai ke puncak memang berangin dan
katanya boleh lepak-lepak sambil makan dekat atas tu. Cumanya kena hati-hati
dengan monyet liar, ok?
#2. Gua bangkang.
Gua berusia ratusan tahun ini katanya masih “suci”. Ala,
kiranya tak ramai yang tahu lagi la. Lokasi ini memang cantik dan tersangatlah
rugi kalau korang tak abadikan gambar korang dekat sini. Dan macam biasalah,
kalau dah masuk gua, mesti ada banyak kelawar kan? Jadi ingatan untuk mereka
yang nak datang sini, masuk rumah orang, kenalah hormat. Jangan buat bising ke,
main mercun ke, ada faham? Hehehe.
#3. Bukit pengasingan.
Orait. Ini adalah salah satu pemandangan paling indah dekat Lombok.
Pemandangan daripada atas ni tak ubah macam tengok frame gambar yang besar! Seluas
alam besarnya. Hakikatnya, inilah pemandangan yang paling indah buat mereka
yang sampai ke sini.
Eh! Untuk sampai ke atas, kena ambil masa lebih kurang 4
jam! Tapi memang berbaloi bila dapat tengok pemandangan sawah padi yang
berwarna warni dan pemandangan gunung. Allahu. Cantiknya!
#4. Air terjun
gangga.
Orait. Terdapat 3 air terjun dekat sini. Dan untuk sampai ke
air terjun yang pertama tersangatlah mencabar. Tapi semua itu hilang dengan
pemandangan yang cukup indah. Dan air terjun yang kedua pula lebih menarik
kerana katanya terletak di dalam gua. Hmm, menarikkan bunyinya? Dan air terjun
ketiga pula dikatakan sangat jarang orang datang kerana terletak sangat jauh
daripada no 2.
Tapi ada 1 gambar yang cukup menarik. Yang memang rasa nak
sangat lepak atas tu sambil update blog. Hehehe. Cuba tengok bawah:
Sekali tengok, macam lokasi dekat Australia pun ada, tapi
eh, dekat Lombok, Indonesia?? Dekat sini ada 1 menara. Korang boleh panjat dan
menikmati pemandangan indah dari atas ni. Menara ni lebih kurang macam pencawang
eletrik kat malaysia ni. Jadi kenalah pakai pakaian yang sesuai ya. Jangan
bantai pakai skirt, kemudian nak panjat menara ni.
Boleh je kalau korang nak naik pun, terpulang la. Tapi kami
tak galakkan la ye. Sebab angin dekat sini memang kuat. Dan kalau korang nak
datang sini, bawa makanan siap-siap. Sebab tak ada kedai makan dekat sini ya!
#6. Pantai Jagog dalem.
Tak ramai sebenarnya yang tahu pantai ni. Lokasi pantai ni
dekat Lombok tengah. Apa yang menarik dekat sini?
Ada 1 kolam “semulajadi” dekat atas batu yang dipenuhi dekat
air laut dan kedalaman lebih kurang 1 meter. Mandi dekat kolam ni memang rasa
macam mandi dekat kolam infiniti kat resort mewah tu, ha, cubahlah datang!
#7. Batu payung.
Sekali tengok, macam lokasi pengambaran dalam dewan pun ada
kan? Tapi, ini lokasi yang sebenar ya! terfikir
juga kami, kalau lah buat tangga untuk naik atas tu, kemudian buat gazebo besar
sikit, uhh, cantik ah!
Tiada ulasan