Tiada lagi gambar “selfie” di tanah haram
Tiada lagi gambar “selfie”
di tanah haram | Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini telah mengeluarkan
arahan pengharaman bagi aktiviti “Selfie” di tanah haram. Bukan setakat gambar
sahaja, malah video juga telah diharamkan di rakam di sana. Penguatkuasaan ini
dijalankan di 2 masjid paling suci umat islam iaitu di Masjidil haram dan
Masjid nabawi.
Pihak berkuasa menyatakan, langkah ini dibuat bagi
melindungi dan mengekalkan kesucian tempat-tempat ibadah ini memandangkan
semakin lama, aktiviti “berselfie” ini menjadi semakin teruk dan menganggu Jemaah
lain. Ianya juga adalah untuk memberi “ketenangan” kepada Jemaah lain.
Cuba bayangkan, kita sedang solat, tiba-tiba datang 1 kumpulan Jemaah dan mengambil gambar beramai-ramai. Sambil memegang banner dan pelbagai bendera negara. Tak kurang juga ada Jemaah yang tiba-tiba berhenti berjalan dan “berselfie”. Jika ramai yang melakukan aktiviti ini, sudah pasti ianya menganggu.
Tindakan ini telah dikritik kerana di anggap telah terpesong
daripada niat sebenar untuk mengerjakan haji dan umrah. Malah ada yang
beranggapan, mereka yang datang ke sini bukan hanya untuk beribadah malah hanya
untuk bergambar sahaja.
Sekiranya terdapat mana-mana Jemaah yang melanggar arahan
ini, pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk merampas gambar dan kamera
sekiranya perlu.
Mengikut maklum balas daripada Jemaah, ada yang beranggapan
pengharaman ini tidak patut dijalankan. Ini adalah kerana, dengan gambar yang
diperolehi itulah mereka dapat mengabdikan kenangan mereka ketika berada di
tanah suci. Ini mungkin kerana, peluang untuk berada di tanah suci mungkin
datang sekali dalam seumur hidup mereka.
Ada juga yang merasakan, pihak berkuasa arab Saudi sepatutnya
menghadkan beberapa lokasi sahaja dilarang untuk mengambil gambar dan bukannya
mengharamkan semua kawasan.
Apa pun kami disini sangat-sangat berharap agar Jemaah daripada
malaysia dapat memberikan kerjasama yang baik di atas larangan terbaru daripada
kerajaan arab Saudi ini. Pasti ada sesuatu yang sangat baik daripada perkara
ini. semoga ibadah kita semua diterima Allah hendaknya. Tepuk dada, tanya
selera ya, nak selfie ke tidak. J
Tiada ulasan