Sayu! 2 kanak-kanak sanggup bergadai nyawa kerana rindukan ayah dan ibunya
Sayu! 2 kanak-kanak
sanggup bergadai nyawa kerana rindukan ayah dan ibunya | Anak-anak
merupakan anugerah yang tidak terhingga pada setiap pasangan. Namun, dalam
keadaan kehidupan yang semakin mendesak, apa sahaja sanggup dilakukan ibubapa
demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak mereka. Viral di sosial media,
beberapa keping gambar yang memperlihatkan 2 orang kanak-kanak yang menyorok
pada bahagian bawah bas yang bergerak sejauh hampir 80 kilometer (hampir 3 jam
perjalanan) hanya kerana rindukan kedua ibubapanya.
Kejadian ini berlaku di China. Kanak-kanak tersebut
dipercayai datang daripada sebuah perkampungan miskin di kawasan pendalaman di
Nazuo, di wilayah Guangzi. Mereka yang berumur sekitar 8 dan 9 tahun itu
ditemui dipenuhi dengan lumpur oleh pekerja keselamatan apabila bas tersebut
berhenti di perhentian di daerah Xilin.
Anak-anak ini tersangat kurus dan itu yang membolehkan mereka menyorok pada bahagian bawah bas. Mereka sanggup menggadai nyawa mereka kerana terlalu rindukan pada ibubapa mereka.
Pekerja keselamatan tersebut kemudiannya membantu
membersihkan anak-anak ini kemudian memberikan mereka makan kerana terlibat
dengan perjalanan yang sangat jauh!
Mereka telah “menumpang” bas yang melakukan perjalanan dari
Nazuo ke Baise kerana telah diberitahu oleh saudara mereka yang ibubapa mereka
bekerja disana. Namun sebaliknya, lokasi ibubapa mereka sebenarnya lebih jauh! Iaitu
di wilayah Guangdong.
Saudara mereka memberitahu ibubapa mereka bekerja di Baise hanya kerana ingin menyedapkan hati anak-anak ini.
Walaubagaimana pun, ibubapa kepada kanak-kanak tersebut
telah datang mengambil anak mereka pada petang tersebut. Tidak dapat kami
bayangkan bagaimana perasaan anak-anak tersebut bila melihat wajah ibubapa
mereka. hmm.
Difahamkan berjuta-juta kanak-kanak ditinggalkan oleh
ibubapa mereka kerana tekanan hidup yang memaksa mereka untuk merantau jauh
daripada kampung halaman. Dan hanya berjumpa dengan anak-anak mereka setahun
sekali atau mungkin lebih lama daripada itu! isu ini menjadi satu isu besar di
sana kerana banyak kanak-kanak yang terabai daripada segi perhatian dan
kesihatan mereka.
Apa pun, kita disini seharusnya bersyukur kerana belum
sampai ke tahap itu. anak-anak anugerah yang tidak terhingga daripada yang maha
esa. hargailah mereka!
😭
BalasPadam