13 fenomena cuaca paling aneh di dunia & lokasi untuk melihatnya.
13 fenomena cuaca paling
aneh di dunia & lokasi untuk melihatnya | Jika di malaysia, kita sudah
biasa dengan cuaca sejuk & juga panas. Serta pelangi yang wujud selepas
hujan ataupun kilat menyambung. Berbeza pula dengan 13 fenomena cuaca paling
aneh di dunia ini (strangest weather phenomena) yang hanya ada di beberapa
tempat di seluruh dunia. Buat pencinta alam semulajadi serta pengembara, ini
adalah suatu perkara wajib untuk mereka! Jom kita tengok 13 fenomena ini dan
lokasi untuk melihatnya.
#1. Moonbow.
Biasa kita dengar rainbow kan? Yang keluar selepas hujan. Tapi
ini berbeza sedikit. Ini moonbow atau pelangi bulan. Fenomena ini hanya boleh
dilihat pada waktu malam dan tersangatlah jarang berlaku. Fenomena ini boleh
dilihat terutamanya di lokasi berdekatan air terjun di Taman Negara Yosemite,
Plitvice Lakes di Croatia dan Victoria Falls di Afrika.
Dan waktu yang paling sesuai untuk melihat Moonbow adalah
semasa bulan purnama sekitar dua hingga tiga jam selepas matahari terbenam atau
sebelum matahari terbit.
#2. Awan Noctilucent.
Awan biru elektrik ini adalah hasil daripada kristal ais
yang membalikkan sinar matahari selepas matahari terbenam. Noctilucent clouds
hanya muncul di garis lintang antara 50° dan 70° utara dan selatan khatulistiwa
ketika musim panas. Waktu terbaik untuk melihat fenomena ini adalah dari Mei
hingga Ogos di Estonia, Finland dan Sweden.
#3. Red moon (Bulan
merah).
Juga dikenali sebagai bulan darah, warna ini dapat dilihat
pada bulan semasa fenomena gerhana bulan. Warna merah ini sebenarnya disebabkan
oleh bayangan bumi yang memantulkan cahaya bulan. Ketika sinar matahari
melewati atmosfera bumi, semua warna spektrum lain dikeluarkan. Fenomena Bulan
darah seterusnya akan muncul semasa gerhana bulan pada 31 Januari 2018 dan akan
kelihatan hampir di mana-mana sahaja di dunia, selain dari selatan dan barat
Eropah, selatan dan barat Afrika dan selatan dan timur Amerika Selatan.
#4. Awan mammatus.
Penampilan awan-awan yang luar biasa dan tersendiri ini
boleh berubah dari bentuk “protruding” ke tiub yang lebih panjang dan
tergantung di atas awan. Fenomena ini dikaitkan dengan ribut petir dan bentuk-bentuk
aneh ini terbentuk akibat pergolakan dalam awan ribut, mewujudkan dasar awan
yang tidak sekata dan boleh muncul di mana saja di dunia.
#5. Auroras.
Terjadi daripada campuran molekul gas yang berbeza yang memasuki
atmosfera Bumi, kemudian bertembung dengan solar winds, menghasilkan cahaya
berwarna yang dikenali sebagai auroras. Fenomena ini dapat di lihat di hujung
selatan New Zealand, Kepulauan Falkland dan di selatan Ushuaia di Argentina.
#6. Sun pillars.
Biasanya dilihat semasa matahari terbit atau matahari
terbenam, cahaya matahari menegak dari matahari sebenarnya cahaya yang terhasil
daripada kristal ais yang jatuh dengan “high-level clouds” . Fenomena ini boleh
dilihat dengan baik apabila matahari rendah (sebelum matahari terbenam) atau selepas
subuh. Fenomena ini boleh dilihat di mana-mana lokasi di dunia, tetapi lebih
baik adalah berdekatan lokasi berair.
#7. Bunga beku.
Bunga berais ini terjadi apabila suhu air lebih panas
daripada udara. Paling biasa ditemui di kawasan kutub, sesetengah ahli sains
menggambarkan bunga beku Artik sebagai "padang rumput laut".
#8. Awan lenticular.
Ramai yang mungkin keliru dengan fenomena ini dengan
mengatakan yang ianya adalah UFO, awan berbentuk lensa ini, yang kelihatan
tunggal atau tersusun seperti pancakes, sangat berbeza daripada jenis awan lain
kerana mereka tidak bergerak dan boleh muncul di mana sahaja di dunia. Lazimnya
ditemui di kawasan pergunungan. Awan lenticular ini akan dielakkan oleh
juruterbang pesawat kerana akan menyebabkan “heavy turbulence”.
#9. Kilat gunung
berapi.
Fenomena yang menakutkan ini adalah kilat yang terhasil di
dalam awan abu gunung berapi. Fenomena ini terlihat semasa kebanyakan letusan
gunung berapi, termasuk yang berlaku di Eyjafjallajökull dan Gunung Etna di
Sicily.
#10. Penitentes.
Pembentukan salji yang menyerupai bilah nipis hanya boleh
didapati di lokasi yang tinggi. Terbentuk daripada salji dan ais yang keras
semasa proses iklim yang rumit, penitentes biasanya dapat dilihat di Amerika
Selatan, seperti Gurun Atacama, dataran tinggi Andes dan Chajnantor di Chile.
#11. Awan Morning
Glory.
Awan ini menyerupai sebatang pin bergulung gergasi. Setiap
awan boleh melebihi ukuran 300 kaki dan merentang lebih kurang 400 batu - dari
satu sisi Teluk Carpentaria ke yang lain. Ia adalah satu-satunya lokasi yang
diketahui di dunia di mana awan ini boleh diramalkan dan diperhatikan secara
lebih teratur.
#12. Pantai
cappuccino.
Fenomena semulajadi ini berupaya mengubah air laut menjadi
buih yang menyerupai bau susu latte. Buihnya terdiri daripada air yang kotor -
terutamanya garam, bahan kimia, ikan yang reput dan tumbuhan mati - dan
terbentuk apabila arus kuat menggabungkannya. Ia kemungkinan besar berlaku di
sepanjang pantai berbatu di sebelah lautan atau lautan ribut, seperti pantai
San Francisco atau Laut Utara.
#13. Frostwork.
Frostwork muncul pada tingkap dan permukaan kaca licin
seperti tingkap kereta. Bentuk seperti bunga yang rumit terbentuk apabila
permukaan kaca terdedah kepada udara yang sangat sejuk di luar dan udara yang
lembap dan panas di bahagian dalam. Peluang terbaik untuk melihat karya seni
alam ini adalah pada musim sejuk beku dengan sedikit hujan, seperti di Scandinavia,
Rusia dan utara Kanada.
Tiada ulasan