Ibu mengandung mesti teringin nak bayi cantik seperti Dhuhaa Sophea kan?
Ibu mengandung mesti
teringin nak bayi cantik seperti Dhuhaa Sophea kan? | Terpaku kami bila
melihat wajah bayi kacukan Malaysia Russia ni, cantik! Lagi-lagi part mata tu,
mengoda! Hehehe. Mulanya macam tak percaya juga, bayi yang diberi nama Dhuhaa
Sophea ada darah kacukan malaysia, tapi bila dapat tahu nama ibunya Siti
Safuraa, barulah kami percaya.
Dhuhaa Sophea Stumbrys adalah anak kepada Siti Safuraa, berumur 32 tahun dan berasal daripada terenganu. Dan suaminya pula bernama Asadullah Stumbrys, berumur 33 tahun dan berasal daripada Russia. Dan Pasangan ini kini menetap di Sweden.
Cerita bagaimana Dhuhaa Sophea menjadi viral adalah bila
Siti Safuraa memuat naik gambar anaknya ke media sosial. (Boleh follow @dhuhaasophea
dan @ctsafuraa). Bermula daripada situ, ramai yang mula memberi perhatian
kepada bayi cantik ini dan ada yang meminta safuraa agar kerap untuk memuat
naik gambar bayinya.
Ada juga yang menghantar mesej kepada safuraa jika dia tidak muat naik gambar Dhuhaa Sophea kerana risau dan ingin tahu keadaan dhuhaa. Ish! Sampai macam tu sekali kan?
Apa yang menariknya pada Dhuhaa Sophea ini adalah pada raut
wajahnya yang tak ubah seperti anak patung. Bulu mata yang cantik, kulit muka
yang putih dan mata yang bulat! Pasti ramai yang nak cium-cium pipi dia dan tak
kurang yang nak cubit-cubit kan?
Apa pun, kami pasti, ramai ibu-ibu yang mengandung akan
kerap melihat wajah Baby Dhuhaa Sophea. Mungkin kerana nak anak mereka persis
wajah bayi cantik ini. Apa pun, setiap anak itu adalah anugerah yang tidak
terhingga daripada yang maha esa kan? Asalkan sempurna dan sihat, syukur
alhamdulilah. J
Tiada ulasan