Gambar gunung agung di bali indonesia memuntahkan asap tebal dan larva!
Gambar-gambar gunung
agung di bali indonesia memuntahkan asap tebal dan larva! | Gunung Agung
atau mount agung adalah sebuah gunung berapi aktif yang terletak di bali Indonesia.
Gunung Agung stratovolcano adalah puncak tertinggi di Bali. Masyarakat di bali
percaya bahawasanya, gunung bali adalah replica gunung meru. Dan candi yang
paling penting di bali iaitu Pura Besakih terletak di lereng gunung agung. Terkini,
gunung agung memuntahkan asap dan abu tebal selepas letusan terbesar dalam
sejarah Indonesia berlaku pada tahun 1963!
Para pegawai yang bertugas di bali telah mengeluarkan arahan
kepada penduduk agar menjauhi sungai kerana telah tercemar dengan serpihan daripada
gunung berapi. Dan mengikut bacaan semasa, buat kali pertama “thermal anomaly” dikesan
di kawah Mount Agung oleh satelit NASA dan dianggarkan sekitar 70 megawatt
kuasa.
Ini menunjukkan bahawa sejumlah besar magma telah berada di permukaan!
Walaupun amaran telah dikeluarkan mengenai letusan yang
bakal berlaku, beribu-ribu penduduk di sana enggan meninggalkan rumah mereka.
Dan dianggarkan 22 kampung berdepan dengan ancaman letusan daripada gunung
agung ini yang mana melibatkan hampir 90,000 hingga 100,000 orang.
Mereka yang berada dalam radius 8-10km dari kawah gunung berapi masih
belum dipindahkan/mahu berpindah kerana mereka merasakan kawasan mereka selamat
kerana tidak terjejas semasa letusan besar yang berlaku pada tahun 1963.
Daripada informasi terkini, puncak gunung agung kini
berterusan mengeluarkan abu tebal dan sesekali kedengaran bunyi letupan lemah
yang dapat di dengar sehingga 12km dari puncak. Dan sinar api mula terlihat
dari malam sehingga ke pagi dan ini menandakan potensi untuk letusan berlaku
semakin dekat.
Apa pun, masih ramai pelancong yang terkandas di sana dan
terdapat juga rakyat malaysia. Kami mengharapkan semua yang terbaik dan tidak
ada apa-apa perkara yang tidak diinginkan berlaku. insyaAllah, amin.
Tiada ulasan