Latest Post

Viral video ayah hantar anak ke sekolah guna jambatan maut!

video ayah hantar anak ke sekolah guna jambatan maut

Viral video ayah hantar anak ke sekolah guna jambatan maut! | Hi semua. Awal tahun baru ni, antara perkara yang menarik perhatian semua orang adalah gelagat anak-anak kecil yang baru memulakan persekolahan kan? Memang seronok tengok. Ada yang menangis. Ada yang ketawa. Ada yang nak mak ayah dia tinggal di sekolah. Ada yang buat tak kisah je, macam-macam. Namun semalam, viral 1 video yang memaparkan “kesanggupan” seorang ayah yang menggunakan “jambatan maut” untuk menghantar anaknya ke sekolah.

Hati ibubapa mana yang tidak seronok bila anaknya ingin kesekolah. Lebih-lebih lagi bila kali pertama nak hantar mereka. Namun, video ini menyentuh hati semua orang tak kurang juga yang mengecam kerana ayah ini membawa anaknya menyeberangi sungai menggunakan jambatan yang rosak dan dalam masa yang sama, mereka sedang mengadaikan nyawa mereka!

Kalau kita tengok video viral tu, air yang mengalir dekat bawah tu sangat deras! Dan memang sangat bahaya ada sesiapa sahaja yang menggunakan laluan tu. Dan kejadian ini dikatakan berlaku dekat kuala lipis Pahang.

Daripada perkongsian di facebook, Jalan darat yang digunakan penduduk kawasan tersebut dinaiki air banjir.

Menurut sumber lagi, katanya aduan telah dibuat namun masih belum mendapat perhatian daripada pihak berwajib. Dan bila penduduk dah tiada pilihan, mereka terpaksa bergadai nyawa!
Anak kecil ini dikatakan tidak sabar-sabar untuk ke sekolah. Dan akibat tidak mahu menghampakan anaknya, si ayah di dalam keadaan terpaksa untuk menggunakan jambatan ini semata-mata untuk memenuhi permintaan anaknya.

Apa pun, kami berharap agar tiada nyawa yang terkorban kerana menggunakan laluan ini. Dan kami juga sangat berharap agar ianya dapat dibaiki dengan kadar segera. Janganlah tunggu perkara yang tidak diingini berlaku baru semua pihak nak buka mata ye.

Tiada ulasan