Jana pendapatan pada usia muda, kisah budak sekolah yang viral dengan jenama sendiri
Jana pendapatan pada usia muda, kisah budak sekolah yang viral dengan jenama sendiri | Fuh. Hebat betul budak-budak sekarang ni kan? kecik-kecik dah pandai jana income sendiri. Tak macam kita waktu kecil-kecil dulu. Tahu pergi sekolah, belajar kemudian bermain. Tapi kan, tak boleh bandingkan juga zaman dulu dengan sekarang. Rasanya kalau zaman dulu, media sosial ni dah jadi “permainan”, dah banyak juga cerita kita dengar macam cerita budak sekolah yang viral ni.
Kisahnya, dia ni macam instafamous jugaklah. Dengan pengikut
seramai 284k. wah! Hebat betul kan? Bukan senang nak dapat pengikut seramai tu.
Yang sebenarnya, kami ada perasan juga akaun-akaun Instagram budak sekolah yang
lain (kita fokus budak sekolah ya). Followers mereka bukan sikit-sikit tau,
semua main ratus ribu. Hebat sungguh!
Apa yang viralnya
dengan Iman safiyah ni?
Bukan sahaja jumlah followers yang ramai tapi gadis cilik ni
siap ada bisnes sendiri. Dia dah pun keluarkan tudung sekolah dengan jenamanya
sendiri.
Ramai yang memuji beliau kerana dalam usianya yang muda, dah
mula jana income. Dan pastinya bila dia besar kelak, jumlah simpanannya sudah
pasti banyak dan boleh bayar yuran university dengan menggunakan duit sendiri. Atau
mungkin juga dia akan ada empayar perniagaannya sendiri. siapa tahu kan nasib
seseorang.
Tiada ulasan