Kereta Rolls Royce Ghost milik Datuk Aliff Syukri berharga lebih RM1 juta di sita!
Kereta Rolls Royce
Ghost milik Datuk Aliff Syukri berharga lebih RM1 juta di sita! | Ahha!
Agak memeranjatkan juga bila kami baca berita ni. Siapa yang tidak kenal dengan
pengasas produk kosmetik terkenal negara ini kan? Selain cerita mengenai lagu
Abang Nak Tegur yang viral, terbaru, kereta mewah jenama Rolls Royce Ghost milik Datuk Aliff Syukri berharga lebih RM1 juta di
sita. Ha! Kenapa tu?
Khabarnya pada malam ambang tahun baru 2018, kereta mewah
ini telah di tahan dalam 1 operasi oleh penguatkuasa JPJ yang dibuat di bangsar,
kuala lumpur.
Yang sebenarnya, kereta Rolls
Royce Ghost ni bukan dipandu oleh Datuk Aliff Syukri, sebaliknya oleh
seorang warganegara Australia yang mana, dia ni tiada lesen memandu yang sah
untuk memandu di dalam malaysia. Tak cukup dengan itu, seorang lagi rakan dia
yang berada dalam kereta tu, tiada dokumen perjalanan yang sah! Uii!
Belum habis di situ, kereta Rolls Royce Ghost datuk aliff syukri ini juga dikatakan telah
melakukan kesalahan pengisytiharan penggunaan lesen kenderaan motor. Selain penyalahgunaan
nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.
Lesen kenderaan motor (LKM) yang digunakan kereta Rolls Royce Ghost ni adalah LKM Sarawak dan bukannya semenanjung.
Apa salahnya pakai LKM Sarawak? Tetap dalam malaysia juga
kan? ha, macam ni. LKM Sarawak hanya boleh digunakan di negeri itu sahaja. Dan
kadar bayarannya Cuma RM5000. Berbeza dengan LKM semenanjung, kadar yang perlu
di bayar adalah RM20,000. Ha, sekarang nampakkan beza harga dia?
Apa pun, datuk aliff syukri dah arahkan peguam dia untuk
selesaikan masalah ini. Dan buat masa ini, beliau sedang berada di luar negara
kerana bercuti. Buat para Hatters semua, janganlah cakap yang bukan-bukan ya. Pasti
Datuk Aliff Syukri punya alasan yang tersendiri. ok? peace!
Sumber : harianmetro
Tiada ulasan