Siapa sangka, Baju kurung Hello kitty ini berharga RM50,000!
Siapa sangka, Baju kurung
Hello kitty ini berharga RM50,000! | Fuh, berpeluh kami dekat sini
bila dapat tahu harga baju kurung hello kitty ni. Siapa sangka, walaupun nampak
macam biasa sahaja tapi nilainya sangat berbeza! Benarlah kata orang, kalau dah
minat, wang ringgit tidak menjadi masalah!
Khabarnya, seorang usahawan kosmetik di Kelantan telah
menjual kesemua 6 pasang koleksi baju hello kitty beliau dengan harga RM50,000!
Pemilik baju kurung bernama bernama Yus Amina atau lebih
dikenali dengan nama Kakak Hello kitty. Baju ni sebenarnya rekaan dia sendiri.
Jumlah keseluruhan untuk buat baju ni katanya dalam RM2,000. Tapi terjual
dengan harga RM50,000! Sememangnya pelaburan yang sangat baik kan?
Mungkin pada mata kita, baju ni nampak biasa-biasa je kan?
Tapi ternyata tidak pada peminat tegarnya! Sekali nampak watak kegemaran
mereka, boleh jadi tak ketahuan dibuatnya. Dan inilah yang terjadi kepada
peminat yang beli baju kurung hello kitty ni.
Apa pun, ada duit, semua benda jadi kan? Minat punya pasal,
apa sangatlah nilai wang ringgit tu. Tapi kalau kena pada kami, mungkin kami
akan fikir banyak kali kut. Hehehe.
Tiada ulasan