Latest Post

Pengacara baru melodi 2018 dikritik netizen sebagai “kayu” selepas episod pertama semalam.

pengacara baru melodi 2018

Pengacara baru melodi 2018 dikritik netizen sebagai “kayu” selepas episod pertama semalam | Rancangan melodi 2018 episod pertama baru bermula semalam dengan menampilkan pengacara baru iaitu Ajak Shiro & Janna nick menggantikan pengacara sebelum ini Awal Ashaari dan AG. Banyak juga segmen baru yang diperkenalkan semalam. Namun, bukan itu yang kami nak kongsikan dengan korang. Sebaliknya mengenai 2 pengacara baru ini yang terus-terusan di kritik netizen.

Ajak shiro dan Janna Nick dikatakan sebagai “kayu” ketika mengacarakan melodi. Katanya mereka sengaja buat-buat macam mulut kepoh walhal hakikatnya mereka tak semacam itu. Rasanya, rancangan melodi ni, pengacara dia kena mulut kepoh kot baru sesuai. Mungkin itu yang netizen mahukan.

Cuba bayangkan, episod pertama pun tak habis lagi, netizen dah mula muat naik status yang mengutuk 2 pengacara baru ni. Ish, “kayu” sangat ke?

Dan selepas dikecam, kedua mereka nyata tidak berdiam diri, sebaliknya menjawab semua setiap kritikan yang diberikan kepada mereka.

Janna nick dalam 1 kenyataannya, memohon agar netizen memberi mereka peluang. Yelah, baru episod pertamakan? Masih banyak yang perlu mereka belajar. Kenalah bagi semangat pada kedua pengacara baru ni.

Janna nick juga akui, yang ini adalah pengalaman pertama beliau dalam bidang pengacaraan. Jadi, terlalu banyak yang perlu dipelajarinya.

Dan dia juga akan terus terusan membuat persediaan termasuklah membaca lebih banyak berita dan cerita mengenai hiburan hanya untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuannya sebagai persediaan untuk rancangan melodi yang akan datang.

Yelah, sebelum ini kan dia artis. Jadi dia yang sering jadi bahan berita. Sekarang dia dah jadi pengacara. Jadi dia perlu letakkan diri dia sebagai netizen dan perlu berkongsikan cerita artis lain pula.

Kami ada juga menonton melodi 2018 semalam. Pada kami ok je. Yelah, ini baru episod pertama. Mungkin belum ada keserasian diantara 2 pengacara ini. Janna nick. Dia tak pernah ada pengalaman mengacara sebelum ini, jadinya kita patutlah beri peluang pada dia kan? Janganlah dibandingkan dengan orang lain yang dah banyak pengalaman, tak adil sebenarnya buat janna nick, kan? hehehe.

Tiada ulasan