Latest Post

Di sebalik senyuman pengawal keselamatan cantik, ada banyak kisah yang tersirat

guard sekolah cantik

Di sebalik senyuman pengawal keselamatan cantik, ada banyak kisah yang tersirat | Setiap kali masuk musim persekolahan yang baru, cerita mengenai keletah anak yang baru memulakan sesi persekolahan dan cikgu sekolah cantik mesti viral di laman sosial. Tapi tahun 2018 ini ada kisah yang lebih menarik. Kisah mengenai seorang “Mak guard” yang cantik!

Kalau sebelum ini, kaum bapa sering mengunakan alasan tidak sabar untuk hantar anak ke sekolah sebab cikgu sekolah cantik, tapi sekarang, mereka gunakan alasan yang sama untuk Sri Mahyuni Munif atau lebih suka di panggil yuni, seorang pengawal keselamatan yang cun di sebuah sekolah rendah.

Dengan usia yang lebih muda dan memiliki wajah yang cantik, ramai yang berpendapat beliau boleh mendapat kerja yang lebih baik daripada pekerjaan sekarang. Mungkin boleh berkerja dalam bidang peragaan, ataupun perkilangan.

Namun Yuni tidak pernah ambil pusing dengan apa sahaja pekerjaannya asalkan ianya mampu memberikan rezeki yang halal kepadanya.

Sedikit info mengenai Yuni, seorang pegawal keselamatan yang cantik dan viral, dia mula berhenti sekolah pada usia 14 tahun. Dan telah bekerja sejak 5 tahun yang lalu selepas bapanya mengalami masalah kesihatan.

Ayahnya pernah terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan tulang dan badannya sakit sehingga tidak mampu untuk mengangkat benda yang berat.

Dan atas alasan itu, yuni telah membuat keputusan untuk bekerja bagi membantu ayahnya mencari perbelanjaan keluarganya.

Dan selepas gambarnya viral di media sosial, banyak “usikan” yang diterimanya namun dia tidak kisah malah lebih bersemangat untuk bekerja!

Tiada ulasan