Vlogger terkenal amerika dikecam netizen seluruh dunia kerana muat naik video mayat gantung diri
Vlogger terkenal
amerika dikecam netizen seluruh dunia kerana muat naik video mayat gantung diri
| Seorang vlogger dari amerika syarikat telah menerima kecaman yang hebat dari
seluruh dunia selepas memuat naik 1 video dalam channel youtube nya. Video
tersebut menunjukkan mayat seseorang yang dipercayai membunuh diri di dalam
sebuah hutan di jepun.
Logan paul dikatakan masuk ke dalam sebuah hutan Aokigahara
di gunung fuji, yang mana lokasi Ini sangat terkenal dengan kes bunuh diri. Dan
ketika sedang merakamkan keadaan di dalam hutan tersebut, vlogger ini telah
berjumpa dengan mayat seorang lelaki dan mereka sangat terkejut tapi dalam masa
yang sama buat lawak!
Akibat daripada itu, logan paul telah dikecam teruk kerana
dianggap sebagai biadap dan memualkan!
Khabarnya, selepas memuat naik video ini, ianya telah
mendapat berjuta-juta tontonan namun selepas mendapat kecaman, video tersebut
telah di padam. Beliau juga telah memuat naik 1 permohonan maaf dalam akaun
twitter miliknya.
Video yang dimuat naik logan paul adalah mengenai siri video
“hantu” yang memaparkan keadaan sebenar di dalam hutan tersebut. Sewaktu dalam
pengambaran, mereka telah berjumpa dengan 1 mayat lelaki dan telah merakamkan
video dalam jarak dekat dan hanya muka mayat tersebut telah diblurkan.
Salah seorang rakannya menyatakan yang dia tidak selesa
dengan keadaan tersebut namun paul telah membalas dengan berkata apakah kamu
tidak pernah berdiri di sebelah orang mati? Sambil di sambut dengan gelak
ketawa.
Tiada ulasan