Latest Post

Doktor temui ajal selepas bertugas selama 18 jam tanpa henti!

Doktor temui ajal selepas bekerja tanpa henti

Doktor temui ajal selepas bertugas selama 18 jam tanpa henti! | Sedih juga kami bila tahu berita ni. Khabarnya, kejadian ini berlaku di negara china atau lebih tepatnya lagi, di hospital dalam daerah yuci, di Jinzhong china. Seorang doktor wanita telah menemui ajal setelah bekerja selama 18 jam tanpa henti! Cuba bayangkan, kita yang bekerja dari jam 8 pagi sampai 5 petang pun rasa dah penat sangat kan? ini kan pula bekerja selama 18 jam tanpa henti.

Zhao Bianxiang, berumur 43 yang bertugas di unit penjagaan respirasi dikatakan pengsan ketika sedang merawat pesakit pada tengahari 29 disember lalu. Dan beliau telah meninggal dunia pada keesokkan harinya iaitu 30 disember 2017.

Dari apa yang kami baca, doktor ini meninggal dunia disebabkan oleh serangan strok yang berpunca daripada pendarahan pada bahagian permukaan otaknya.

Doktor temui ajal selepas bekerja tanpa henti.


Seorang rakan beliau berkata, zhao bekerja tanpa henti disebabkan oleh pesakit yang ramai di hospital tersebut. Ketika musim sejuk, jabatan kanak-kanak dan jagaan respirasi menerima pesakit yang luar biasa ramainya. Dan ini menyebabkan doktor sedia ada terpaksa bekerja lebih masa.

Doktor dan pakar sedia ada telah berusaha sedaya upaya mereka untuk menyelamatkan Zhao namun gagal. Dan menurut perangkaan terkini, china mencatatkan jumlah kematian tertinggi akibat kerja yang berlebihan mengatasi negara jepun.

Dan korang nak tahu berapa ramai yang mati akibat penat disebabkan terlalu banyak bekerja? 600,000 ribu setiap tahun! aduhai! Kerja tu kerja la juga ya! Tapi kesihatan kena jaga. Bila dah sakit, duit yang banyak pun tiada gunanya apatah lagi kalau menemui ajal. Ok.

Tiada ulasan